Hi =)
Dua tiga hari ni, aku sakit belakang pasal kusyuk sangat mengedit blog. Susah kalau dah jenis perfectionist ni. Ada senget sikit harus kena betulkan. Walaupun aku tak dijanjikan dengan pape anugerah kalau dapat cantikkan blog dalam masa kurang dari tiga hari, aku tetap gak degil nak edit sana sini. Last-last bukan cantik ponnnn. Hik. (Gedik pasal lepas dua hari baru terasa masa terbuang begitu saje.)
Ekceli ni blog ketiga yang aku buat lepas dua blog yang aku pernah buat terbengkalai macam tu je. Walaupun aku kata terbengkalai, blog first aku boleh la nak kata lagi bagus dari segi prestasi kalau nak compare dengan blog yang aku ada sekarang ni. Seingat aku, first entry masa aku buat first blog dulu aku cakap pasal negara Jepun punya tahap kebersihan. Terus dapat komen dari sorang mamat yang plan nak gi Jepun gak katanya. Mana tak happy nyah. Baru buat first entry dah ada orang komen. Ke laut sangat aku punya bangga tu. Takde maknanya lah.
Tapi aku still happy. Sebab dengan ada orang komen, maknanya ada gak orang sudi singgah baca walaupun entry ntah pape. Lepas aku habis ngedit, tiba2 dapat komen dari cero dalam post ni. Omagaddd, aku rasa baru semalam aku duk melangut depan laptop usya-usya dia punye kartun. Lepas satu, satu aku baca. Sampai berejam gak ah kan. Blog best haruslah singgah lame-lame. Terus ambik link cero letak dalam bloglist. Pfffft. Hebak. "Senang sangat nak pengaruh ko", (cakap ngan diri sendiri).
Ni link blog-blog seni punya orang (lukis kartun komik):
ada banyak lagi kot. ni je yang aku tahu.
p/s: Tapi kalau komen nak hentam je kerjanya boleh kasi putus itu semangat mahu blogging. Takyah la camtu k.
No comments:
Post a Comment