Monday, June 30, 2014

Wordless #2

=)

[source]

Saturday, June 28, 2014

Niat puasa, doa berbuka puasa, niat tarawih & witir


Niat puasa Ramadhan:



Niat berpuasa sebulan:



Doa berbuka:



Niat tarawih berjemaah:



Niat witir:





Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Hi =)

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan sekali lagi untuk tahun ni. Amacam semayang terawih? 8 ke 20? Keh2. Tak kisah la berapa rakaat pun sebenarnya, yang penting ikhlas buat, ye dak?

For me, untuk terawih yang pertama ni, i solat dalam gelap. Hoh?! Dah kenapa pulak solat dalam gelap senah oi? Ha, pasal blackout pulak kat masjid yang biasa aku pergi ni. Tapi nasib baik ada 'aircond' semulajadi untuk cover panas kat dalam masjid tadi. Hujan renyai-renyai mengiringi terawih kami malam ni.

Balik rumah tetiba rasa nak dengar lagu Lebaran Ini by Ajai. Dah kenapa aku ni kan. Efek blackout tadi ke ape. Nolaahh, memang lagu feveret bila time-time puasa camni. Walaupun raya lambat lagi, layankan aje.




Lirik lagu Lebaran Ini by Ajai, Raihan, Nowseeheart, Rem

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

(i)
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa 
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya, woo..oh..

(chorus)
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh..uh..

p/s: Selamat berpuasa semua ;)




Friday, June 27, 2014

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist


Klik banner untuk join


Ha, di pagi Jumaat ni datang angin nak join segmen. Tiba-tiba nampak ada blogger yang join segmen ini. So, join sekaki lah. Kena dengan syaratnya pulak simple sangat. Kawan-kawan pun boleh join gak. Oh oh, semua yang join boleh masuk bloglist Julai untuk blog Kapas Putih.

Segmen berakhir 30 Jun 2014, 11.59 p.m

Selamat bersegmen ~

Thursday, June 26, 2014

Thanks Nuffnang

Hi =)

Masuk bulan Jun, kira dah 6 bulan usia blog ni, lebih kurang. Tapi baru start aktif awal bulan ni. Awal-awal dulu, kadang-kadang singgah masuk Nuffnang, tak pernah ada CPUV yang melekat pun. Rasa macam eh, berfungsi ke idok ni. Sebab tengok orang sampai berderet-deret sekali dapat. Tapi rasa macam tak berapa nak kisah sangat lah, sebab tahu blog ni pun baru lagi.

Dalam pada tak kisah, try jugak korek-korek tips yang boleh buat CPUV Nuffnang melekat kat blog. Ada banyak yang share, tapi tipsnya pun lebih kurang je. Even Nuffnang sendiri pun dah ada bagi tip-tip nak tarik pengiklan supaya berminat dengan blog kita. So, aku try la buat semua tips yang diberi.

Kelmarin cek dekat Nuffnang, ting! Alhamdulillah, dapat jugak CPUV dari Bulgogi Brothers Korean Burger. Dan bila cek sekali lagi harini, ada satu lagi CPUV dari Umobile Prepaid Free Meal. Dua-dua status masih on going. Alhamdulillah. Kira menjadi la ek tips yang dishare oleh blogger-blogger yang share tips tu. Nak letak credit pun, aku dah lupa blog mana yang aku baca itu hari. Anyway, thank you Nuffnang for your service. Keep it up =)




p/s: Pada blogger yang baru start blogging, boleh search kat Google tips CPUV Nuffnang, banyak yang keluar nanti. Baca je yang mana satu dan take action.! (Aku pun masih baru. Banyak lagi nak kena blaja.)

Wednesday, June 25, 2014

Tips untuk Insomnia

Hi =)


Note: I'm not a how-to-sleep-tight-like-a-baby expert. But, kamu boleh cuba try test tengok.

1. Susu + Madu



Rasanya most of us dah tahu susu suam boleh buat kita rasa mengantuk. Tapi, ni ada twist sikit.

Bahan-bahan:
  • 200 ml susu 
  • 1 titik ekstrak vanila
  • 1 sudu madu
Cara-cara:
1. Panaskan susu sampai suam. Jangan sampai mendidih. Agak-agak dah suam, tutup api.
2. Tuang dalam gelas. Masukkan madu dan vanila (optional)
3. Baca Bismillah dan selawat. Minum slow-slow. Dah. Boleh masuk tido.

Untuk yang tak boleh minum susu, boleh ganti dengan air soya.

[source]

2. Cipta suasana yang aman sentosa dalam bilik

Ya, aku pun rasa tajuk agak annoying. Common sense. Pastikan bilik kemas dan sesuai untuk tidur. Maybe boleh cuba aromaterapi untuk tambahkan rasa nyaman.

3. Elakkan minum kopi sebelum tidur

Caffeine is a no-no kalau nak tidur awal. Tapi, i got friend yang cakap kalau dia minum satu baldi pun takde efek pape pada dia. Well, i guess this happen untuk yang coffee-lover la kot. Kind of immune? Kalau macam aku, depends pada kuantiti dan waktu bila aku minum kopi. Kalau seteguk, memang tak efek. Tapi kalau aku minum satu mug tengah2 malam, boleh la stay up sampai kul 4 pagi. So, untuk yang macam aku, elakkan minum kopi sebelum tido.

4. Jangan ambil makanan berat sebelum tido.

Biasa waktu yang makin ke tengah malam makin lapar kan. Tapi memang biasanya lepas makan makanan yang 'heavy', nak baring perut dah full. So, we end up tak boleh nak tido. So, avoid heavy food before u go to bed.

5. Relax.

Banyak teknik boleh cuba. Antaranya, deep breathing, kosongkan minda, try not to stress sangat. Last2, kalau tak boleh jugak, ambik wuduk, baca Qur'an barang sehelai dua dan boleh baca doa ini.




Selamat mencuba. ~









Tuesday, June 24, 2014

Nice people are everywhere


I'm kinda sick with inhuman, abusive, heartless act lately, so I decided to sooth my mind and my heart. Thus, the video.


The best portion of a good man's life: His little, nameless unremembered acts of kindness and love.
-Willian Wordsworth



All credits go to the video's owner.

Untitle #1




Monday, June 23, 2014

Jemputan menyertai blog list www.zukidin.com

Hi =)

klik banner untuk join



Jom join ramai-ramai. Syarat dia simple je. Boleh klik banner untuk join.

Have a nice day. =)



Comel je cik Google ni


Heh, sengih sorang2 aku tengok Google ni.

Bila bos takde,
-
-
-

Bila bos lalu,
-
-
-


Pandai tul ngelat. Keh2.


Sunday, June 22, 2014

Tip for upcoming Ramadhan

Hi =)


Tiap-tiap kali nak masuk bulan Ramadhan, salah satu wishlist yang selalu orang nak buat dalam bulan puasa, cukup sebulan nak khatam Qur'an, right?

Kebetulan dapat satu tip yang dishare dari kawan ke kawan ke kawan, aku taipkan balik kat sini.

[Copy paste]

Assalamualaikum semua =)
Just nak berkongsi cara mudah mengkhatam Al-qur'an di bulan Ramadhan nanti.

Al-qur'an itu terdiri dari hampir 600 mukasurat, kalau dibahagi dalam 30 hari, menjadi 20 mukasurat setiap hari. Memang kalau dilihat macam susah tapi kalau dibahagi dalam tiap solat fardhu akan jadi mudah.

Ini ertinya, baca tiap habis solat 4 mukasurat. Kalau begini kita akan dapat mengkhatamkannya di akhir bulan Ramadhan.

[End of copy paste]

Nampak simple. Tapi tak pernah dapat khatam. Moga tahun ni Allah panjangkan umur untuk menikmati sekali lagi Ramadhan dan dapat khatam dengan jayanya. Amin.

p/s: Entri sebelum masuk tido. Ngeh. Selamat beramal ~

Doa yang termakbul


Dulu-dulu aku paling tak suka sukan. Sekarang ni pon. Tak kira la jenis sukan ape pun. Sebab aku memang jenis yang tak aktif sukan. Suka tengok je. Masa sekolah rendah dulu pernah la main netball, tapi last2 frust menonggeng pasal cikgu tak pilih jadi wakil sekolah lepas dah tiap2 petang aku gigih datang practice. Sampai kulit pun dah bertukar kaler. Tapi takpe, cite lame.

Satu hari, cikgu buat pengumuman. Untuk pertama kali, sekolah nak buat acara sukan besar-besaran tahun ni. Setiap orang kena join acara olahraga macam lompat tinggi, lompat jauh, etc. SETIAP orang. Seblom-seblom ni hari sukan untuk atlet-atlet je.

Aku jadi gelisah. Macam dunia dah nak kiamat.

Membe aku cakap, "Ala, rilek r. Tu pun nak takut."

Tapi aku nak takut jugak. Masa tu, satu-satunya solat sunat yang aku tahu adalah solat hajat. Ataupun maybe pernah dengar solat-solat sunat yang lain. Tapi tak pernah nak ambik tahu.

Entah macam mana, aku gigih buat solat hajat time tu. Kalah solat hajat nak mintak 8A untuk PMR.

Lepas solat fardhu, doa. Habis doa, terus bangun solat hajat. Tak pikir-pikir dah. Takde langsung rasa nak tangguh-tangguh.

Masa solat hajat, memang solat betul-betul. Fokusnya lain macam.

Doa pulak, tak macam aku yang sekarang ni. Nak doa pun nak google-google dulu. Standard budak sekolah zaman dulu, mana nak ngam lagi ngan internet ni.

Doa ikut apa yang keluar dari mulut. Bahasa Melayu je. Takde nak pikir-pikir doa kot bahasa arab. Dalam sujud pun doa dalam hati pakai bahasa melayu. Mintak sungguh-sungguh apa yang aku nak. Walaupun rasa cam kelakar apa yang aku mintak tu.

"Ya Allah, batalkan la acara sukan sekolah tahun ni."

Kadang-kadang, tengah jalan-jalan ngan membe, sempat aku berangan.

Aku: "Sukan sekolah tahun ni cancel tau"
S: "Hah? yeke? sape cakap?"
Aku: "Tipu je. Hehe."
S: "Hoh."  -_-'

Tup tup. Sukan sekolah senyap macam tu je. Takde terus. Masa tu aku pikir, "Cikgu memang tipu je kot. Takkan la nak suruh sorang-sorang main. Jenuh la nak abiskan satu sekolah ni."

Tahun nextnya, cikgu buat pengumuman lagi. Tahun ni nak buat acara sukan besar-besaran lagi. Dalam hati cakap, "Aku tak nak tertipu lagi dah." So, aku senyap tak buat pape.

Tiba-tiba, hah kau. Sukan tahun ni tak CANCEL. Bersukan la aku dengan penuh paksaan.

Baru aku tahu doa-doa aku yang dulu tu Allah dengar dan Allah makbulkan.

p/s: Tips dari unknown.
Kalau nak mohon sesuatu, doa sungguh-sungguh dan bayangkan perkara tu macam betul-betul kita akan dapat. InsyaAllah dapat.






Saturday, June 21, 2014

Nota Kecil Warna Biru


Malam semakin lewat. Namun, mata Farah masih belum mengantuk. Sambil tersandar keletihan, dia menggeliat ke kiri dan ke kanan buat menghilangkan lenguh-lenguh di badan setelah siap menanda kesemua buku latihan anak-anak muridnya. Di luar, hujan lebat turun mencurah-curah seperti tidak akan berhenti. Farah fikir ia agak menggila setelah hampir seminggu panas terik berpanjangan.

Kesejukan yang mengcengkam hingga ke tulang hitam menggamit Farah untuk menarik selimut di katil bersebelahan dengan meja tulisnya. Pap! Sebuah buku nota kecil berkulit nipis rona biru lembut terjatuh di sisi katilnya. Sambil membalut tubuh untuk menghangatkan dirinya, Farah membongkok untuk mengambil buku nota tersebut.

Sambil tersenyum memandang nota kecil pada tangannya, memori sebelum cuti sekolah yang lalu bermain-main di layar ingatannya.

----

----

Hari persekolahan masih berbaki dua hari lagi. Dan selepas itu, semua pelajar sekolah akan mula bercuti. Keriangan jelas terpancar pada hampir setiap wajah anak didiknya. Kecuali satu wajah kelam tanpa perasaan di hujung sudut kiri kelas. Untuk waktu ini, Farah memilih untuk mendiamkan diri dan hanya menunggu.

Keesokan harinya, wajah kelam itu masih sama tanpa perasaan. Farah mengambil keputusan untuk mendekati anak muridnya itu untuk bertanyakan masalahnya.

"Amat, nape sedih je cikgu tengok? Tak seronok ke nak cuti sekolah?" Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan 'Amat' tersentak dengan pertanyaan itu. Mungkin dia tidak menyangka Cikgu Farah akan bertanyakan soalan itu ataupun mungkin dia tidak sedar langsung akan kehadiran Cikgu Farah di sisinya.

"Hah? Takde pape la cikgu." Amat menjawab acuh tak acuh tanda belum bersedia berkongsi masalah.

"Ke Amat sedih tak dapat jumpa kawan-kawan masa cuti nanti?" Farah cuba meneka masalah Amat.

"Takde la."

"Kalau Amat ada masalah, cerita la dekat cikgu. Mana tahu cikgu boleh tolong." Farah cuba memancing minat Amat untuk bercerita pula kali ini.

"Takde la." Masih jawapan yang sama.

"Ok la. Kalau Amat ada masalah nak cerita dekat cikgu, Amat datang la jumpa cikgu ye? Farah cuba beralah. Tidak mahu memaksa Amat bercerita jika dia belum bersedia. Sewaktu berpaling untuk melangkah pergi, Amat memanggilnya dengan suara yang hampir tidak kedengaran.

"Ye Amat?"

Masih diam.

Kali ini Farah memilih untuk duduk separas dengan Amat untuk menunjukkan kesediaannya mendengar luahan hati Amat. Murid-murid yang lain dibiarkan dengan hal masing-masing. Sementelah pelajaran yang dirancang untuk diajar pada hari itu pun sudah selesai.

"Sebenarnya, saya sedih."

"Kenapa?"

"Sebab kawan-kawan semua dapat cuti kat tempat best-best masa cuti sekolah nanti. Saya duduk rumah je. Tiap kali cuti sekolah pun macam tu."

Farah terdiam seketika. Dia sedia maklum akan keadaan keluarga Amat yang agak kurang bernasib baik berbanding anak-anak muridnya yang lain. Ayah Amat banyak bergantung pada kerja-kerja kampung yang mampu dibuatnya. Sementara ibunya pula membuat kuih dan menjajanya pada orang-orang kampung. Kiranya kehidupan Amat ibarat kais pagi,makan pagi, kais petang, makan petang.

"Em, macam ni. Besok Amat datang jumpa cikgu kat bilik guru ye? Jangan lupa tau."

***

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Amat datang ke bilik guru untuk bertemu dengan Cikgu Farah. Sambil tersenyum, Farah membuka laci mejanya untuk mengambil sesuatu.

"Cikgu ada hadiah untuk Amat."

Amat nyata gembira dengan kenyataan yang baru didengar dari mulut Cikgu Farah. Ia terlukis di balik matanya yang bersinar-sinar disamping riak wajah hairan tertanya-tanya hadiah apakah yang hendak diberi oleh Cikgu Farah. Selama hidupnya, jarang-jarang dia mendapat hadiah walaupun pada ulangtahun hari jadinya.

"Nah." Farah menghulurkan buku nota sederhana tebal bersama sebatang pen berdakwat biru.

"Ni untuk Amat ke cikgu?"

"Ye."

"Tapi Amat nak buat apa dengan buku ni?" Walaupun gembira mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka, Amat menjadi keliru dengan bentuk hadiah yang diberikan oleh Cikgu Farah.

"Buku ni, cikgu nak Amat tulis apa-apa sahaja yang buat Amat gembira masa cuti nanti. Tak kisah la pape pun. Kalau Amat rasa Amat suka Amat tulis kat dalam buku ni, boleh?"

Walaupun Amat masih keliru di awalnya, namun perlahan-lahan Amat tersenyum sambil mengangguk.

"Boleh."

***

(To be continued..)








Tuesday, June 17, 2014

Quote of the day #1



"Better to loose count while naming your blessings than to lose your blessings to counting your troubles."

- Maltbie D.Babcock

"Lebih baik kita tidak sempat mengira rahmat berbanding kita kehilangan rahmat kerana sibuk mengira musibah yang dihadapi." 

Sunday, June 15, 2014

5 tips bilik kecil nampak luas

Hi =)

Petang-petang takde buat ape sangat ni, rasa nak share tips nak bagi bilik tidur yang kecik comey nampak luas. Aku ni idok le pakar interior designer ke hape. Just nak share pendapat and kongsi tips yang ambik sana sini serba sikit. Plus, bilik gua sendiri pun kecik dan sempit. Dah sempit, kongsi lagi, lagi la nampak sempit, hoh! Bilik bujang orang kata. So, let's check it out!


1. Minimakan jumlah perabot.
    
Gunakan perabot yang perlu sahaja. Kalau dah nama bilik tidur, kenalah ada katil yang paling utama kan. Katil pun tengok pada penggunaannya pulak. Kalau bilik kongsi, terpaksa la guna katil queen size. Tapi kalau untuk sorang je, penggunaan katil single adalah lebih baik. Ni bagi bilik yang sempit tadi lah. Kalau dah luas takkan nak taruk katil single je kat tengah-tengah, ye dok? Logic, man! Logic. Dan lebih elok lagi kalau katil tadi ada ruang untuk simpan barang kat bawahnya macam laci. Boleh letak pakaian atau barang-barang yang tak pakai.



                      
2. Aplikasikan pengcahayaan semulajadi

Gantungkan cermin pada ruang yang sesuai untuk memantulkan pancaran cahaya matahari terus ke dalam bilik anda supaya ruang nampak lebih terang. Terang = luas. Lagi bagus kalau boleh guna almari yang pintunya bercermin. Dah dapat jimat. Almari boleh buat simpan pakaian, cermin boleh pantulkan lighting. 2 in 1!

3. Gunakan rak dinding

Kalau nak letak barang-barang yang macam frame gambar ke jam ke buku ke, gunakan rak yang lekat pada dinding untuk elak nampak serabut dekat bahagian bawah a.k.a lantai. Lagi kurang penggunaan lantai lagi nampak luas bilik kecik tadi. Maksud penggunaan lantai tu bukan la bermakna korang taruk jam @ frame gambar kat lantai... -_-. Guna lantai tu maksudnya guna almari ke meja ke untuk taruk benda-benda kecik tadi. Almari tu mesti la jejak lantai kan. Dah takde space pulak nak lepak-lepak kat bawah pasal ada perabot sana sini. Dah sempit, nanti mesti nak alih-alih pulak kalau dah boring dengan susunan lama. Guna rak kat dinding kan bagus. Jimat space, dah takyah alih-alih lagi dah.




4. Gunakan cat yang warna light @ pastel    

Gunakan cat yang berwarna cerah eg. putih @ cream untuk buat bilik nampak terang dan luas.

5. Maintainkan bilik anda!

Make sure bilik sentiasa kemas dan tersusun. Kalau lighting dah elok, katil pun guna yang paling kecik dah, tapi kalau baju kotor tergantung sana sini, bilik still akan nampak sempit ok.! So pastikan bilik teratur dan bersih sentiasa.

Tu je la tips yang boleh dikongsi. Ada banyak lagi sebenarnya kalau search kat internet. Share ni pun untuk kegunaan sendiri jugak di masa depan.

p/s: Aku suka style rumah/apartment macam dalam cerita 'Flower Boy Next Door'. Nampak sibuk je dengan buku-buku segala bagai. Sebab aku suka tengok orang yang rajin kerja. Plus ada ruang privacy sendiri. 

Friday, June 13, 2014

Atasi rasa malas

Hi =)

Salam jumaat semua.
Semoga hari ini membawa keberkatan pada kita semua, InsyaAllah.

Malas ni memang penyakit biasa kan kecuali bagi orang-orang yang memang kuat kerja. Macam aku ni, dah lama sangat duk rumah tak buat ape memang dah lemau rasanya. So, tip daripada Ustaz Sharhan Shafie yang nak dikongsi dengan pembaca semua adalah dengan menggunakan madu. Sebab madu memang digunakan untuk merawat macam-macam jenis penyakit kan.



So, ambik satu sudu madu. Dan bacakan surah an-nahlu ayat 69 padanya dan boleh la terus minum madu tu or campurkan dengan air suam pun boleh jugak. Moga-moga badan kita boleh jadi cergas, takde la lemau sangat nak buat kerja.

Semoga bermanafaat.




Tuesday, June 10, 2014

Wordless #1




Past & Present


Sewaktu ralit mengikuti perkembangan terkini sahabat-sahabat lama di Facebook, aku terbaca satu artikel yang telah dishare oleh seorang kawan bertajuk '25 Things Every Woman Should Have By The Time She Turns 25'. Ada dua perkara dari artikel tersebut yang menarik perhatian aku. Salah satunya adalah 'Forgiveness for who she was' dan satu lagi 'An idea of who she wants to be'.

Pada aku, kedua-dua perkara tersebut ada kaitannya antara satu sama lain. Sebab kadang-kadang reason yang menyebabkan sesetengah orang tak boleh nak maju ke depan adalah kerana dia masih terperangkap dengan dirinya yang lama. As simple as that. 

So, forgive yourself today by trying to be better than the old you and try to explore the future of yours. One day, you might thank your old self for what you have in the future. And when that time comes, tap yourself and keep moving forward.




Monday, June 09, 2014

Minat menulis? Terbitkan buku sendiri jom

Hi =)

Dulu-dulu masa aku masih study and stay kat asrama, aku ada sorang kawan yang pernah cuba-cuba tulis cerita cinta. Maklum je la, kalau dah duduk asrama tu kadang-kadang tahap bosan tu boleh buat kita jadi kreatif tak semena-mena. Dia buat dalam satu page je. Pastu tak sengaja terbagi dua orang classmate dia baca cerita yang dia tulis. Terus dapat sambutan. Sampai mintak dia habiskan cerita yang dia tulis tu. Aku syak kalau dia teruskan minat dia tu, mungkin paling kurang dah dua tiga bijik novel dia dah ada kat kedai buku. Korang sendiri pernah ada buat camtu?

Kalau ada, why not korang salurkan pada jalan yang betul. Dari bagi kawan baca free, baik anta kat company yang boleh terbitkan buku korang. Kurang-kurang dapat royalti. Boleh buat belanja diri. Kedekut? Tak la. just nak level up kata orang. So, apa nak buat kalau korang dah ada karya yang dah lama peram? Good news for you. Jemari Seni menawarkan peluang buat anda untuk menyertai mereka dan berkongsi karya menarik korang dengan pembaca-pembaca semua.

Just kirimkan karya asli korang (jangan ciplak tau) kepada jemariseni.karya@gmail.com. Jemari Seni just perlukan 10 bab awal, 5 bab akhir, sinopsis dan biodata penulis untuk penilaian awal. Kalau nak lagi jelas boleh cek di website Jemari Seni (menu Panduan Penulis). Dorang dah siap-siap tulis panduan dari A sampai Z apa yang nak kena buat. Follow je. Mana la tahu kot-kot ada rezeki kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yang tahu. Cewah, gitu.


p/s: Dengar-dengar pendapatan penulis boleh tahan banyak. Ye ke?


Penting ke komen?

Hi =)

Dua tiga hari ni, aku sakit belakang pasal kusyuk sangat mengedit blog. Susah kalau dah jenis perfectionist ni. Ada senget sikit harus kena betulkan. Walaupun aku tak dijanjikan dengan pape anugerah kalau dapat cantikkan blog dalam masa kurang dari tiga hari, aku tetap gak degil nak edit sana sini. Last-last bukan cantik ponnnn. Hik. (Gedik pasal lepas dua hari baru terasa masa terbuang begitu saje.)



Ekceli ni blog ketiga yang aku buat lepas dua blog yang aku pernah buat terbengkalai macam tu je. Walaupun aku kata terbengkalai, blog first aku boleh la nak kata lagi bagus dari segi prestasi kalau nak compare dengan blog yang aku ada sekarang ni. Seingat aku, first entry masa aku buat first blog dulu aku cakap pasal negara Jepun punya tahap kebersihan. Terus dapat komen dari sorang mamat yang plan nak gi Jepun gak katanya. Mana tak happy nyah. Baru buat first entry dah ada orang komen. Ke laut sangat aku punya bangga tu. Takde maknanya lah.

Tapi aku still happy. Sebab dengan ada orang komen, maknanya ada gak orang sudi singgah baca walaupun entry ntah pape. Lepas aku habis ngedit, tiba2 dapat komen dari cero dalam post ni. Omagaddd, aku rasa baru semalam aku duk melangut depan laptop usya-usya dia punye kartun. Lepas satu, satu aku baca. Sampai berejam gak ah kan. Blog best haruslah singgah lame-lame. Terus ambik link cero letak dalam bloglist. Pfffft. Hebak. "Senang sangat nak pengaruh ko", (cakap ngan diri sendiri). 


Ni link blog-blog seni punya orang (lukis kartun komik):
ada banyak lagi kot. ni je yang aku tahu.

p/s:  Tapi kalau komen nak hentam je kerjanya boleh kasi putus itu semangat mahu blogging. Takyah la camtu k.

Saturday, June 07, 2014

Cool Ad: Coca-Cola Friendly Twist

Hi =)

First day dekat kolej/uni selalunya awkward, coz still baru kan. Takde kawan lagi. Hence, the Coke.





p/s: Aku tak berapa suka minum air gas. But this ad is cool.




Friday, June 06, 2014

GiveAway Tunai RM500 By ShuhadaBaharudin.com


Klik banner untuk join


Hadiah:

Wang tunai RM50 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM60 x 10 pemenang


Giveaway Ramadhan 1435H


klik banner untuk join


Hadiah-hadiahnya:


Jajang!

1. Boy's T-Shirt - 1pair.
2. Selimut baby x1 
(Brand Bumble Bee 100% cotton)
3. Toys McD x2 
- Ninja turtle 
- Furby merah
4. Fridge magnet x8
- Dari Cameron Highland
- Donut & ice-cream
5. Hiasan gantung x1 


Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss Banu


Klik banner untuk join

p/s: Selamat berblogwalking. =)


Selawat Tafrijiah dan maknanya

Salam Jumaat =)

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan para sahabat.







Selamat beramal ~


Asalnya niat


Asalnya niat,
Kalau aku punya banyak wang,
Aku ingin buat itu dan buat ini,
Katanya amal jariah,
Buat bekal di negeri abadi

Asalnya niat,
Kalau aku punya banyak wang,
Kan ku beri pada dia yang di sana dan di sini,
Katanya rezeki
Harus dikongsi-kongsi

Asalnya niat,
Kalau aku punya banyak wang,
Kan ku lunaskan hutang sini dan hutang sana,
Agar tiba waktunya,
Rohnya aman-aman saja

Asalnya niat,
Kalau aku punya banyak wang,
Akan ku tukar pondok kecil ibu jadi istana,
Kerna itu impian ibu,
Sekian lamanya

Tiba waktunya, doa terangkat, impian terkabul,
Ah!
Kenapa harus aku buat itu dan buat ini,
Wang ini aku yang punya!
Kenapa harus aku beri pada dia yang di sana dan di sini,
Kalau mahu, usaha!
Bagaimana harus aku lunaskan hutang sini dan hutang sana,
Hutang baru berganda-ganda!
Istana ibu itu aku yang usaha,
Pusaka itu aku yang punya!

Ya allah,
Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan hidayahMu, 
Kurniakan pada kami rahmat dari sisiMu,
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Thursday, June 05, 2014

Cara semak baki data broadband Celcom Postpaid

Hi =)


Straight to the point,
1. Go to korang punya Celcom Broadband Manager. 
2. Tekan text > new
3. Taip VOL STATUS, send to 22188.
4. Dah.
Nanti celcom akan reply and korang boleh cek baki data yang ada.
Contoh,
Allocated: 4.0GB, Used: 4.0GB, Expiry date: 24/6/2014
Maknanya, korang dah pakai habis data. Nak tunggu line normal balik, tunggu 24hb.
ok, bye.

Posted via Blogaway

Wednesday, June 04, 2014

Cara-cara belai kucing




p/s: Tapi aku tak galakkan korang guna cara the bread kneader, the brain eater, the flute & the hyper-space.Kay? (nampak cam sakit je.)

Credit: [source]

Skincare: VCO & The Body Shop.

Hi =)

 Setiap orang ada jenis kulit masing-masing. Macam aku, aku sangat lah kena jaga jenis skin care product yang aku pilih since my skin is a bit sensitive. Masa aku nak graduasi sekolah menengah dulu, roomate aku pernah offer satu produk kulit yang ramai jugak pakai. So, malamnye tu aku try pakai dengan harapan esok pagi aku dapat bangun dengan kulit sesegar embun pagi puing-puing. But, malangnya pui kulit muka jadi merah-merah, kering and ada putih-putih halus tanda kulit aku menggelupas dalam satu malam. Makanya, aku bergraduasi dengan muka cover bedak pun tak lepas sebab nampak kesan kulit menggelupas especially kat sekitar dahi. Nak wek camano eh jang. Aku redho je la naik pentas dengan muka gitu. Since then, aku memang tak berani dah nak pakai produk-produk yang seangkatan dengan yang aku pernah try tu.


[yoona]

Lebih kurang dalam pertengahan tahun lepas, aku try dua benda yang berkait dengan penjagaan kulit muka yang natural-based. 

1) VCO Catalyst
2) Rangkaian produk daripada TheBodyShop


VCO

VCO Catalyst ni aku dapat tahu daripada member aku yang jadi pengedar produk ni. Mula-mula, aku cam takut-takut jugak sebab before ni aku memang tak pernah try produk-produk yang kena telan ni. Lepas member aku dah convincekan aku yang produk ni memang natural-based, aku try la beli satu. Dapat la harga VCO ni murah sikit pasal beli ngan membe kan. Aku amalkan dua kali sehari. Nak makan ke nak sapu ke, bergantung pada mood aku. Kadang aku telan, kadang aku sapu. Tapi biasanya kalau sapu tu aku sapu sebelum nak tido le. Kang tak memasal orang tengok semacam je ko pegi Tesco dengan muka minyak-minyak lencun bagai. Pakai waktu nak tido le, dah bangun esok boleh terus cuci.

Yang aku suka pasal produk ni, pasal kat ingredient dia ade tulis Virgin coconut oil je, means 100% natural la, kan? Takde campur  bahan-bahan lain dah. (Kalau salah, tolong betulkan, ye.)


The Body Shop


Yang rangkaian produk The Body Shop ni pulak aku lupa macam mana aku leh terjumpa websitenye tu. Time aku godek-godek tu, time tu dia ada buat macam test la, untuk tengok produk mana yang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Dia tanya gender, age, pastu kulit kita ni jenis macam mana, etc. Lepas dah jawab semua soklan, dia akan keluar list produk yang patut kita guna yang sesuai dengan kulit kita. Kira macam beauty consultant tapi tak jumpa depan-depan. Online gitu.

Waktu tu aku pun memang tengah nak cari produk yang best-best sikit. Tapi kopak gak ah poket kan. Biasa la, produk bagus haruslah mahal. So aku try dua-dua produk ni sekali. Kebetulan aku beli VCO dengan skincare tu dalam waktu yang tak jauh no la bezanya.

Aku ni jenis yang tak alert sangat apa-apa perubahan kat muka ke, badan ke. So, aku tak tahu yang kulit aku ni makin elok ke macam mana. Awal-awal aku guna produk ni, tak istiqamah sangat la. Terutama bab telan-telan ni. Pasal kalau cuci muka, sebelum mandi tu haruslah cuci dulu kan. Lama-lama, aku pikir, dah alang-alang duit aku habis beli benda alah ni, baik aku makan je sampai habis. So, start la konsisten balik.

Aku telan VCO dua kali sehari. Cuci muka pun dua kali sehari. Sebulan lepas tu, memasing punye isi pun dah nak habis aku pakai, ada la kawan aku tegur. Dia cakap ngan aku, muka aku nampak licin. Aku mula-mula macam eh, betul ke? eh eh, ye ke? eh eh eh, pang skali. So, bila balik bilik, aku try tengok kat cermin, memang hilang jerawat pasir aku nyah. Kulit pun nampak cam lembap gitu. Mula-mula aku tak caya sebab aku ingatkan mungkin nampak licin pasal kulit aku agak berminyak. Time kena tegur tu pulak memang matahari tengah tegak atas kepala, so mungkin la pancaran cahaya campur minyak, nampak berkilau gitu kan.

So, kombinasi dua tu, resultnya kulit jadi licin, minyak pun dah kurang and kulit rasa lembap-lembap gitu. So, dah kurang dah merah-merah kat muka. Sebab kulit aku mudah nampak merah kalau tak kena gaya. Kalau orang tanya, jadi gini sebab VCO ke skincare product? Aku tak tahu nak jawab yang mana pasal aku guna dua-dua serentak. Mungkin VCO untuk dalaman, skincare produk pulak untuk luaran. Bila bergabung, haruslah meletup kan. Wallahua'lam.


Aloe Skincare


Yang skincare product tu, aku guna jenis rangkain Aloe Skincare. Lidah buaya punya. Memang highly recommended untuk kulit sensitif. Aku kalau guna jenis yang bersabun, lepas cuci kulit jadi tegang, pastu cepat kering. Tapi bila guna yang Aloe skincare ni, lepas cuci rasa segar je berangin pastu tak kering. Dan takde efek yang tak patut kat muka. Plus, The Body Shop memang lebih kepada natural-based and against animal testing. So, walah. Best.

p/s: Kesan pada kulit muka adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan atau kesan-kesan buruk pada kulit anda selepas menggunakan produk-produk yang disebut. Untuk lebih yakin, boleh rujuk pada pihak yang lebih pakar.

Till then, bye.

Sunday, June 01, 2014

Lagu Best: Chau Chau by Deli Spice

Hi =)

Chau Chau by Deli Spice. Aku first time dengar lagu ni masa tengok EXO showtime episod 11 masa dorang buat ala-ala macam nak test teleport between the members tu kan. Konon-konon macam nak test sejauh mana kebenaran dorang punya slogan? 'we are one' tu. Time dengar tu macam kena je dengan telinga ni. Maybe lagu tu pun masuk dengan scene masa tu. Bila tengok kat Youtube ramai yang komen cari lagu ni sama ada lepas tengok EXO showtime ataupun Running Man.

Bila cek, rupanya lagu ni dah lama dari tahun '97 rasanya. Apa yang menariknya, lagu ni dok ulang dua ayat je sepanjang lagu. 'I hear your voice' dan 'No matter how hard i try to make it stop.' Bunyi macam sesuai untuk yang tengah bercinta sakan kan. That's why it was featured as soundtrack dalam drama romantik komedi 2002, Who Are You.

Tapi yang menariknya lagi, kalau orang normal dengar bunyik cam liriknya tu ke arah orang yang tengah bercinta sampai tak boleh nak lupakan si dia. Tapi ikut kata penulis liriknya pulak Kim Min Kyu, lagu tu dibuat untuk meluahkan perasaan band tersebut yang rasa terpinggir di awal-awal kemunculan mereka dan untuk membuka mata-mata pengkritik yang menilai band itu dari segi paras rupa dan bukan bakat mereka. Makanya tajuknya diambil sempena nama baka anjing Chow Chow mewakili suara mereka yang diumpakan seperti salakan anjing untuk menyentap 'deaf ears' yang simply judge dorang atas dasar fizikal. [sumber]

pape pon, jom layan.




 


Lyric.

너의 목소리가 들려
I hear your voice
너의 목소리가 들려
I hear your voice
너의 목소리가 들려
I hear your voice
너의 목소리가 들려
I hear your voice

아무리 애를 쓰고 막아 보려 하는데도
No matter how hard I try to make it stop
아무리 애를 쓰고 막아 보려 하는데도
No matter how hard I try to make it stop

너의 목소라가 들려
I hear your voice
너의 목소리가 들려
I hear your voice

아무리 애를 쓰고 막아 보려 하는데도
No matter how hard I try to make it stop
아무리 애를 쓰고 막아 보려 해도
No matter how hard I try to make it stop

너의 목소리가 들려
I hear your voice
너의 목소리가 들려
I hear your voice



Hlovate: Anthem

Hi =)

Anthem by Hlovate. Bagi pengikut tegar Hlovate, mesti dah ada yang khatam sampai dua tiga kali dah i bet. And aku baru nak buat review. Well, it's okay. Aku just nak share apa yang aku rasa pasal buku terbaru Hlovate ni. Terbaru ke? Dari apa yang aku tahu tahun lepas punye la.




To begin with, aku start kenal buku Hlovate ni dari novel Rooftop Rant. And since then, memang aku tercari-cari la karya Hlovate. Asal ada je novel yang Hlovate punya, aku memang tak pikir panjang, terus grab, bayar, chow. 

And buku Anthem ni aku discover masa tengah struggle nak siapkan thesis aku. Kawan aku cakap novel yang dia tengah baca masa tu which is Anthem belum masuk kedai buku. Just boleh beli dari online JE. So, i was like, "Wow, cool.". So masa tu memang tak dapat aku nak bersenang lenang goyang kaki baca novel disebabkan thesis aku tu. And aku macam boleh rasa aku tak sempat dah nak beli buku tu pasal aku tahu nak tunggu karya terbaru Hlovate sikit punya lama. Bila dah keluar, tak sempat masuk kedai buku lagi orang dah pakat beli. So, harapan lah kan.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu, aku teringin sangat nak beli buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman by Prof. Muhd kamil Ibrahim. Sampai je kedai buku, cari punya cari tak jumpa. Mata pun dah rambang pasal banyak sangat novel cintan cintun tangkap leleh. Tapi tak menarik minat aku, pasal dah makin 'matured' ni, novel cintan cintun ni is soo not my style. Eceh. Bukan tak menarik la, no offence la okay. Cuma jalan cerita macam lebih kurang sama je sume. Gaduh-gaduh, dah cinta, mak mertua pulak tak suka, nak jugak kawin ngan anak datin kawan mak, bla,bla. Cliche ngat. Okay, next.




Tiba-tiba, dalam banyak-banyak novel, elok je terletak seketul novel Hlovate tu kat tengah-tengah. And I was pretty sure tinggal satu je lagi. So, apa lagi. Pap! Tak teragak-agak dah aku terus sambar je. Takut orang lain kebas. Nak puaskan hati, alang-alang datang kedai buku, aku round lagi. And there it was. Buku Travelog Haji yang memang niat asal aku datang kedai buku ni. So, double shot for me. Yeah.

Okay, ni bukan review ye. Lepas dah berjela aku menaip, korang mesti dah boleh detect. Apa punye review da. Kedai buku la bagai. Sorry. My bad.

So, kalau yang dah biasa follow karya Hlovate, korang mesti dah boleh agak dia punya style. Lenggok bahasa, lagu-lagu selingan, nasihat-nasihat yang direct tembus ke dalam, konsep bercinta lepas nikah and what not.

Basically, Anthem ni cuba mendekati golongan third-culture kids on how they struggle to become a good muslim lepas dah terbiasa hidup kat negara orang. 

What is third-culture kid?

third-culture kid is a term to refer to the children who accompany their parents into another society.



Pendek kata, budak-budak local yang membesar dekat oversea. Just imagine macam mana kita yang tinggal sama-sama kita ni pun dah liat nak semayang, puasa, apa sume. Apatah lagi yang membesar dengan orang-orang yang tak buat terus benda-benda ni sume. Macam mana nak start balik dari a sampai z. So, basically novel ni pasal tu la. Macam mana watak utama, Nur Dania Dashrin aka Dash ni struggle to be a good muslimah. Dengan semayang pun nak kena sorok-sorok, pakai tudung pun takut-takut kalau depan parentsnya. Sampai masa mula-mula adik dia, Haikal dapat tahu Dash start pakai tudung siap boleh cakap, "Kakak, I think you're scaring me."

Part yang Dash start to couple dengan Hitler Lee yang asalnya pantang-jumpa-mesti-gaduh-kaw-kaw-punye-bagai-anjing-dengan-kucing-orang-melayu-cakap agak sweet-sweet gitu masa Dash sambung belajar kat Aberdeen. But obviously, it is wrong so dorang putus and Dash let Jade aka suami kak Trisy, senior Dash di Aberdeen brainwashkan otak si Lee tu.

Overall, macam biasa, memang best. Santai tapi menusuk. Tak sure masih ada lagi ke tak kat kedai buku. But a definitely must read book. Bukan jalan cerita yang penting, tapi isi yang cuba disampaikan. Nak tahu kesudahan Dash macam mana, beli dan baca sendiri. Hak3.

"every soul has a past. every soul lives a present. and every soul deserves a future. -Hlovate"

Till then, bye.