Friday, July 25, 2014

random


Of all my entire life, i've been signed up only to Friendster (first time engage dengan social media), myspace (which i never got the chance to use, selalu lupa password) and Facebook. 

Sejak dah habis belajar ni, aku dah jarang online. Dulu-dulu penting la jugak nak kena cek fb selalu kot2 ada update pasal kelas @ kelas tiba2 cancel ke (ni paling penting!).

La ni kalau tiba2 rasa nak tahu update pasal membe2 lama je baru la bukak fb. Plus, aku punya style; jarang update status + tak suka upload gambar. So, none of the social media existed boleh fit dengan aku punya style. Senang cerita aku ada fb ke xdak fb ka sama ja. 

Bila nak on9 fb dan nak cek update membe2, mesti kena cekalkan hati dulu kasi tabah and remind myself setiap orang rezeki lain2. Sebab setiap kali cek fb, mesti ada macam perasaan bercampur-campur. Sebab kebiasaannya orang suka update pasal benda-benda happy like beli kereta baru, dapat keja kat sini sekian2, nak kawin, yada2. So, rasa happy dan jealous bersatu tanpa sedar. 

Happy sebab kawan-kawan happy dengan hidup memasing. Jeles sebab rasa hidup aku duk tang tu ja tak sama macam orang lain. Tiba-tiba rasa macam "eh hidup aku je ke yang pathetic macam ni?" At the end of the day, tarik selimut, butthurt sorang2 sambil janji tak nak dah bukak fb tapi tahu mesti akan bukak balik. 

So, recently i watched 'Always a traveller' yang featured mizz nina together with yasmin mogahed. Aku sangat la adore orang yang boleh berubah 360 degree in a split second macam mizz nina ni. Aku akan rasa like wow! betul lah hidayah tu milik Allah. Kalau Allah kata kun maka fayakun. Jadilah, maka jadilah. Takdak sapa dah boleh sekat.

Dalam episod yang aku tengok, mizz nina tanya dekat ustazah yasmin pasal macam mana social media boleh mempengaruhi kita secara spiritual sebab orang zaman sekarang ni kan banyak spend time dengan social media. Lebih kurang lah soalan dia. 

Antara jawapan ustazah yasmin, dia cakap, update dekat social media selalunya adalah kehidupan someone dalam versi photoshop. Bukan gambar je yang photoshop. Tapi kehidupan yang ditayangkan juga dalam bentuk photoshop. Makna kata, semua yang diupdate tu nak nampak cantik ja. Mana ada orang nak update benda-benda tak best ye dak. Jadi secara tak langsung kita akan compare kehidupan kita dengan orang-orang tersebut. Dan seterusnya menyebabkan kita jadi tak bersyukur dengan kehidupan yang kita ada. ( Aku la tu).

So, in conclusion syukurilah apa yang kita ada sebab disebalik rasa tak syukur dengan kehidupan kita sendiri selalunya akan ada orang yang lebih unfortunate daripada kita sebenarnya. (Note to myself)


4 comments:

TunSha Ayunie said...

kan...?? aku adore gila dengan mizz nina punya perubahan... dari western life kembali pada fitrah... kan best aku cenggitu...

hurm... aku dibesarkan dengan serba serbi kehendak mak aku, bukan aku sendiri... itu pasal aku liat sangat kot...

semoga aku nampak nur cahaya satu masa nanti.... ewahhh... suka entri ni :)

Amalina Hasbullah said...

tq..=)
sama gak cam aku..masih mencari..moga dipermudahkan beb..=)

Ana Lee said...

betul betul betul. semoga kita memperoleh hidayah Allah (:

MissNadia said...

N pun berperasaan yang sama.. tapi N selalu ingatkan diri yang masih ramai kat luar sana yang tidak bernasib baik