Sunday, August 10, 2014

small thing that made my day

=)

Baru seminggu bertapa kat tempat baru, still ada beberapa barang yang tak complete walaupun dah banyak duit habis beli barang sebelum datang sini. Al maklum dah nama pun perempuan, barang-barang mesti nak complete je dari sebesar-besar barang sampai sekecik-kecik barang. Sampai duit dah beratus mengalir, mak tanya nak beli tak selimut ni? Aku yang sedar diri bukan pakai duit aku harus rasa segan nak mintak lagi lepas dah banyak pakai duit mak. Aku jawab boleh lagi ke? Mak aku senyum je sambil cakap nanti ganti la balik. huhu.

Masa tengah shopping nak topap barang yang masih tak cukup, lalu la kat satu tiang yang ada tempat nak scan harga. Nampak sorang budak perempuan tengah terkial-kial nak scan harga. Terpaksa berjungkit pasal tempat scan harga agak tinggi. Aku senyum je tengok budak tu. Comel. Tak pikir nak tolong pasal aku dah dengar bunyik beep masa budak tu scan. Maknanya harga dah keluar kat skrin.

Bila aku lalu sebelah dia, dia pandang aku terus tanya "Berapa?"
Otomatik aku stop, tengok skrin, harga tak keluar.
"Cuba adik scan sekali lagi"
Terjungkit-jungkit lagi nak scan kotak bijirin dia. Aku letak barang aku kat bawah pasal tangan tengah penuh sebab troli ada dengan kawan aku.
Aku ambik kotak bijirin dia, scan, keluar harga. RM14.95
Aku tunduk sikit cakap kat dia sambil bagi balik barang dia.
Dia ambik terus berlari pergi kat parents dia kot. Pasal aku dah tak toleh belakang.

Masa aku tengah terkial-kial pegang barang aku yang banyak-banyak tu, aku dengar bunyik macam ada orang berlari-lari kat belakang aku. Bila aku toleh belakang, rupa-rupanya budak tadi yang kejar aku.

Dia pandang aku sambil mengah-mengah tu dia cakap "Terima kasih"

Lain macam je perasaan ni. hehe.

Terima kasih kembali dik. U made my day.

p/s: Aku dah start kerja. Terima kasih pada yang mendoakan. =)

2 comments:

Ana Lee said...

best cerita akak. Macam cerpen even pendek. hihii

MissNadia said...

kadang-kadang benda yang kecik macam nilah kita akan rasa best ..