Malam semakin lewat. Namun, mata Farah masih belum mengantuk. Sambil tersandar keletihan, dia menggeliat ke kiri dan ke kanan buat menghilangkan lenguh-lenguh di badan setelah siap menanda kesemua buku latihan anak-anak muridnya. Di luar, hujan lebat turun mencurah-curah seperti tidak akan berhenti. Farah fikir ia agak menggila setelah hampir seminggu panas terik berpanjangan.
Kesejukan yang mengcengkam hingga ke tulang hitam menggamit Farah untuk menarik selimut di katil bersebelahan dengan meja tulisnya. Pap! Sebuah buku nota kecil berkulit nipis rona biru lembut terjatuh di sisi katilnya. Sambil membalut tubuh untuk menghangatkan dirinya, Farah membongkok untuk mengambil buku nota tersebut.
Sambil tersenyum memandang nota kecil pada tangannya, memori sebelum cuti sekolah yang lalu bermain-main di layar ingatannya.
----
----
----
----
Hari persekolahan masih berbaki dua hari lagi. Dan selepas itu, semua pelajar sekolah akan mula bercuti. Keriangan jelas terpancar pada hampir setiap wajah anak didiknya. Kecuali satu wajah kelam tanpa perasaan di hujung sudut kiri kelas. Untuk waktu ini, Farah memilih untuk mendiamkan diri dan hanya menunggu.
Keesokan harinya, wajah kelam itu masih sama tanpa perasaan. Farah mengambil keputusan untuk mendekati anak muridnya itu untuk bertanyakan masalahnya.
"Amat, nape sedih je cikgu tengok? Tak seronok ke nak cuti sekolah?" Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan 'Amat' tersentak dengan pertanyaan itu. Mungkin dia tidak menyangka Cikgu Farah akan bertanyakan soalan itu ataupun mungkin dia tidak sedar langsung akan kehadiran Cikgu Farah di sisinya.
"Hah? Takde pape la cikgu." Amat menjawab acuh tak acuh tanda belum bersedia berkongsi masalah.
"Ke Amat sedih tak dapat jumpa kawan-kawan masa cuti nanti?" Farah cuba meneka masalah Amat.
"Takde la."
"Kalau Amat ada masalah, cerita la dekat cikgu. Mana tahu cikgu boleh tolong." Farah cuba memancing minat Amat untuk bercerita pula kali ini.
"Takde la." Masih jawapan yang sama.
"Ok la. Kalau Amat ada masalah nak cerita dekat cikgu, Amat datang la jumpa cikgu ye? Farah cuba beralah. Tidak mahu memaksa Amat bercerita jika dia belum bersedia. Sewaktu berpaling untuk melangkah pergi, Amat memanggilnya dengan suara yang hampir tidak kedengaran.
"Ye Amat?"
Masih diam.
Kali ini Farah memilih untuk duduk separas dengan Amat untuk menunjukkan kesediaannya mendengar luahan hati Amat. Murid-murid yang lain dibiarkan dengan hal masing-masing. Sementelah pelajaran yang dirancang untuk diajar pada hari itu pun sudah selesai.
"Sebenarnya, saya sedih."
"Kenapa?"
"Sebab kawan-kawan semua dapat cuti kat tempat best-best masa cuti sekolah nanti. Saya duduk rumah je. Tiap kali cuti sekolah pun macam tu."
Farah terdiam seketika. Dia sedia maklum akan keadaan keluarga Amat yang agak kurang bernasib baik berbanding anak-anak muridnya yang lain. Ayah Amat banyak bergantung pada kerja-kerja kampung yang mampu dibuatnya. Sementara ibunya pula membuat kuih dan menjajanya pada orang-orang kampung. Kiranya kehidupan Amat ibarat kais pagi,makan pagi, kais petang, makan petang.
"Em, macam ni. Besok Amat datang jumpa cikgu kat bilik guru ye? Jangan lupa tau."
***
Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Amat datang ke bilik guru untuk bertemu dengan Cikgu Farah. Sambil tersenyum, Farah membuka laci mejanya untuk mengambil sesuatu.
"Cikgu ada hadiah untuk Amat."
Amat nyata gembira dengan kenyataan yang baru didengar dari mulut Cikgu Farah. Ia terlukis di balik matanya yang bersinar-sinar disamping riak wajah hairan tertanya-tanya hadiah apakah yang hendak diberi oleh Cikgu Farah. Selama hidupnya, jarang-jarang dia mendapat hadiah walaupun pada ulangtahun hari jadinya.
"Nah." Farah menghulurkan buku nota sederhana tebal bersama sebatang pen berdakwat biru.
"Ni untuk Amat ke cikgu?"
"Ye."
"Tapi Amat nak buat apa dengan buku ni?" Walaupun gembira mendapat hadiah yang tidak disangka-sangka, Amat menjadi keliru dengan bentuk hadiah yang diberikan oleh Cikgu Farah.
"Buku ni, cikgu nak Amat tulis apa-apa sahaja yang buat Amat gembira masa cuti nanti. Tak kisah la pape pun. Kalau Amat rasa Amat suka Amat tulis kat dalam buku ni, boleh?"
Walaupun Amat masih keliru di awalnya, namun perlahan-lahan Amat tersenyum sambil mengangguk.
"Boleh."
***
(To be continued..)

No comments:
Post a Comment