Friday, July 25, 2014

random


Of all my entire life, i've been signed up only to Friendster (first time engage dengan social media), myspace (which i never got the chance to use, selalu lupa password) and Facebook. 

Sejak dah habis belajar ni, aku dah jarang online. Dulu-dulu penting la jugak nak kena cek fb selalu kot2 ada update pasal kelas @ kelas tiba2 cancel ke (ni paling penting!).

La ni kalau tiba2 rasa nak tahu update pasal membe2 lama je baru la bukak fb. Plus, aku punya style; jarang update status + tak suka upload gambar. So, none of the social media existed boleh fit dengan aku punya style. Senang cerita aku ada fb ke xdak fb ka sama ja. 

Bila nak on9 fb dan nak cek update membe2, mesti kena cekalkan hati dulu kasi tabah and remind myself setiap orang rezeki lain2. Sebab setiap kali cek fb, mesti ada macam perasaan bercampur-campur. Sebab kebiasaannya orang suka update pasal benda-benda happy like beli kereta baru, dapat keja kat sini sekian2, nak kawin, yada2. So, rasa happy dan jealous bersatu tanpa sedar. 

Happy sebab kawan-kawan happy dengan hidup memasing. Jeles sebab rasa hidup aku duk tang tu ja tak sama macam orang lain. Tiba-tiba rasa macam "eh hidup aku je ke yang pathetic macam ni?" At the end of the day, tarik selimut, butthurt sorang2 sambil janji tak nak dah bukak fb tapi tahu mesti akan bukak balik. 

So, recently i watched 'Always a traveller' yang featured mizz nina together with yasmin mogahed. Aku sangat la adore orang yang boleh berubah 360 degree in a split second macam mizz nina ni. Aku akan rasa like wow! betul lah hidayah tu milik Allah. Kalau Allah kata kun maka fayakun. Jadilah, maka jadilah. Takdak sapa dah boleh sekat.

Dalam episod yang aku tengok, mizz nina tanya dekat ustazah yasmin pasal macam mana social media boleh mempengaruhi kita secara spiritual sebab orang zaman sekarang ni kan banyak spend time dengan social media. Lebih kurang lah soalan dia. 

Antara jawapan ustazah yasmin, dia cakap, update dekat social media selalunya adalah kehidupan someone dalam versi photoshop. Bukan gambar je yang photoshop. Tapi kehidupan yang ditayangkan juga dalam bentuk photoshop. Makna kata, semua yang diupdate tu nak nampak cantik ja. Mana ada orang nak update benda-benda tak best ye dak. Jadi secara tak langsung kita akan compare kehidupan kita dengan orang-orang tersebut. Dan seterusnya menyebabkan kita jadi tak bersyukur dengan kehidupan yang kita ada. ( Aku la tu).

So, in conclusion syukurilah apa yang kita ada sebab disebalik rasa tak syukur dengan kehidupan kita sendiri selalunya akan ada orang yang lebih unfortunate daripada kita sebenarnya. (Note to myself)


Sunday, July 20, 2014

Untitled


Ehem. Kuis-kuis habuk.

Pejam celik pejam celik dah 22 hari kita selamat berpuasa. Selamatkah puasa kita? Wallahua'lam. Tepuk dada tanya iman. As for me, banyak lagi benda nak kena improve. Moga Allah sentiasa bukakan pintu hati dan tetap terus memberikan petunjuk walaupun manusia itu fitrahnya tak pernah dapat lari dari kesilapan.

Dalam 10 hari terakhir Ramadhan ni, topik wajib dah tentulah malam LailatulQadar yang menjadi buruan setiap manusia bergelar muslim. Malam yang lebih baik dari seribu bulan, kurang lebih 83 tahun jumlahnya. Pemurah tak pemurah pencipta kita ni, ganjaran satu malam pun mampu nak cover pahala ibadah seumur hidup. Peluang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun darjat. Soalnya, mampukah kita kalau selama ni nak bangun malam pun sikit punya liat. Allahurabbi.


Langit Ilahi
  

Moga diberi kesempatan.~



Saturday, July 12, 2014

Rindu sama ini blog

=)

Dua tiga hari ni, mood berblogging agak ke laut. Nak tulis apa pun tak tau. Kering idea. Asyik nak cerita pasal diri sendiri pun, nanti kang ada yang naik jemu pulak. 

Tapi aku pernah je hari-hari jenguk blog sorang budak ni. Baru nak ambik UPSR (dulu la). Ceritanya takde la melancong sini sana ke, resepi best-best ke. Kadang-kadang, update pasal diri sendiri je. Tapi tak tau la kenapa aku suka singgah. Bila dia kata kena stop blog jap untuk fokus exam, aku rasa tak best la pulak. Maybe sebab dia suka update hari-hari kot?

Tapi bukan blog ni that i'm talking about. Since mood blog tak datang-datang, blogwalking je la kerjanya. Tiba-tiba terasa nak singgah satu blog yang aku selalu singgah dulu. Tapi stop singgah untuk sementara pasal tuan punya blog nak stop blog sekejap katanya.

Bila singgah, nampak tajuk post, 'my last post'. Huwaaa, kali ni memang konpem-konpem dia nak stop blog for good. Dah takde la cerita-cerita pasal anak-anak dia yang cute2, pasal makanan yang dia masak untuk hari tu, pasal cerita dia n husband on diet and etc.

Bila tengok-tengok balik, anak-anak dia dah besar-besar semuanya. I wonder how they grow that fast. Masa mula-mula terjah, anak-anak dia kecik-kecik lagi. Sekarang dah jadik remaja.

Bila tahu kak LG stop blog, mood aku yang memang dah slow makin slow rasanya. Tapi kak LG tu dah 6 tahun berblog, haruslah kalau kata nak stop dah pun. Aku ni baru setahun jagung jemah oi..

Oh mood. Please come back ~

If u wonder which blog i'm talking about, it's this one.




Tuesday, July 08, 2014

DIY: Simple bookmark (Penanda buku)

=)

background image by [source]

When I was in high school, I used to borrow novels from friends if i feel like reading one. Bila nak pinjam je, mesti dorang akan pesan, 

Kawan: "Jangan lipat ea"
me: "Baik."

Straight to the point. So today, I would like to share on how to make a simple bookmark.

Bahan-bahan:

Satu keping kertas saiz segi empat sama. (post-it-note size will do just fine)



Tadaaa. Itu je yang diperlukan.

Now, all you need to do is just follow the steps below.


Mula-mula sediakan kertas dulu.


Pastu lipat kertas tadi jadi segi tiga macam kat atas. 


Lipat bucu bahagian atas sampai ke hujung tengah-tengah segi tiga tadi.


Ambik hujung segi tiga dan lipatkan ke atas macam dalam gambar


Ulang step tadi untuk hujung yang satu lagi.


Pastu masukkan bucu bahagian yang dilipat tadi ke dalam ruang seperti dalam gambar.


Ulang step sama untuk bucu yang satu lagi.


Dah siap.


Dah boleh guna untuk tanda buku. =)


I got this idea from an origami book. 

Tadi aku try search kat internet, terjumpa satu laman web yang ada tutorial lebih kurang macam ni jugak. Tapi dengan tambahan design yang printable. So, kalau nak yang lebih cantik designnya, boleh tengok sini.

Selamat mencuba~














My story: Pengalaman seram

=]

Last night (1 a.m.), I watched the movie called Seram with my brother. Dalam movie tu dia ada banyak story yang lain-lain, means satu story dalam 15 minutes camtu gabung-gabung altogether jadik 2 jam. Salah satu story yang terselit dalam cite tu adalah story pasal hantu di asrama. Awal-awal scene tu ada budak kena tindih. Budak tu macam kena tindih tapi tak nampak la ghope hantu tersebut. Dan-dan budak tu capai lampu suluh then tadaaa. Nampak la muka hantu hudoh tersebut. 

Tapi aku bukan nak cite pasal movie ini ye teman-teman. Ni kisah aku sendiri. 




Aku sendiri pernah kena tindih. Bukan sekali dua. Aku boleh kata dalam puluh-puluh kali? First time aku kena masa aku darjah 6. Last sekali waktu aku kat uni. Kira la sendiri berapa tahun.

Orang kata kadang-kadang bila kita terlampau letih tapi otak masih aktif, maka terasa la seperti kena tindih sebab otot tak dapat nak berfungsi mengikut arahan otak.

Mula-mula aku kena, memang waktu tu aku letih sangat sebelum terlelap. Tiba-tiba bila nak bangun, rasa macam dah sedar, tapi takleh nak bukak mata plus takleh nak gerak. Macam kena tindih.

Walaupun aku kata banyak tahun kena tindih, idok le tiap-tiap hari benda tu berlaku. It just randomly happens. Biasa aku kena memang tengah malam la. Dan setiap kali benda tu nak berlaku, aku akan automatik tersedar. Tengah sedap-sedap tido, tiba-tiba aku sedar tapi takleh nak bukak mata. Dan memang akan rasa berat macam ada orang tindih.

Biasanya kalau benda tu jadi, aku akan baca macam-macam dalam hati, then a few minutes later, dia akan hilang sendiri. Tapi ada satu dua kejadian yang rare sikit dari biasa-biasa yang aku kena.

#1

Masa tu kat asrama, aku tak sure pukul berapa, tapi dah lewat malam la dan semua orang dah tido. Then rasa kena tindih tu datang, macam biasa aku akan baca macam-macam dalam hati. Dan memang biasanya aku akan lawan. Maksudnya aku akan usaha untuk bangun walaupun kaki tangan semua takleh gerak. 

Kebiasaannya, lepas a few minute memang akan hilang. Tapi kali ni sebelum nak hilang rasa kena tindih tu, aku dengar macam bunyik 'benda' tu gelak kat tepi telinga aku. Gelak bukan macam gelak manusia ye teman-teman. Susah pulak nak describe. Nak kata mengilai, dia bunyik tak kuat pun. Dia macam bunyik mengilai yang halus tu.

Aku apa lagi. Lepas dah hilang rasa kena tindih tu, tak pikir panjang terus ambik selimut pi lari tido sebelah roomate aku.

#2

Waktu ni aku kat rumah. Masa tu memang aku tido sorang dalam bilik. Biasa aku share dengan my sister. Tapi masa tu my sister kat uni kalau tak silap. Bila datang rasa nak kena tindih, waktu ni aku dah macam kalis sikit. Bukan la aku tak takut. In fact aku ni memang penakut gilo. 

Tapi entah apa kena dengan aku malam tu, aku saja nak cari pasal (bukan nak tunjuk berani tau). Biasa kalau kena tindih, aku memang akan fight gila-gila sambil zikir tak henti-henti dalam hati. Tapi malam tu, aku decide untuk dok diam je.

Tahu apa jadi?

Biasa bila kena tindih badan akan rasa berat. Bila aku fight, makin berat pulak rasa. Tapi bila aku dok diam je malam tu sambil dalam hati tak henti-henti cakap "Allahuakbar", tiba-tiba benda tu goncang bahu aku. 

Bayangkan macam kalau nak kejut orang yang susah nak bangun tu. Situasi tu macam ada orang dok atas perut aku sambil goncang-goncang bahu nak suruh bangun. Rasa cam dengan katil sekali bergegar pon ada. 

Few minutes later, rasa kena tindih tu hilang sendiri.


p/s: Ngantuk la pulak. Nanti la sambung..(kalau ghajin le)

Monday, July 07, 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80




Hadiah-hadiahnya:
1) Duit Raya bernilai RM50
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20


Selamat bersegmen~

Sunday, July 06, 2014

Makan secara sihat

=)

Portion dalam satu pinggan sepatutnya kelihatan seperti ini:


Mak aih! Sayur aje dah separuh pinggan. Aku kalau nampak sayur susun tepi pinggan je. Hm, lambat lagi la nak makan cara sihat kalau camni. 


Wednesday, July 02, 2014

Ups and Downs

=)

Hello readers. Macam mana puasa hari ni? Ok? Ok kan aje. Never forget to thank Allah for giving us this chance to be in Ramadhan again this year ;) 

Lama-lama tak update post bertulis, jadi kaku pulak. Jadi, ku gagahkan jua mengarang entri ini supaya writing skill tak merajuk lari ke laut.

Well, back to business. Selalu orang cakap dalam banyak-banyak zaman yang kita lalui, zaman yang paling kita akan ingat dalam hidup kita adalah zaman belajar. Yup, for me it's true. Nak-nak lepas dah habis belajar ni, makin rindu jadinya. Zaman belajar tu bukan waktu kita just belajar je semata-mata. Waktu ni la kita-kita ni baru nak kenal dunia, jatuh bangun kita, waktu nak kenal mana kawan dan mana lawan, siapa kawan senang dan siapa kawan susah, and etc.



Kalau nak cakap pasal ups and downs dalam study, aku suka compare dengan kawan-kawan. Compare di sini bukan la bermaksud banding-banding as in nak compete sape paling genius ke ape. Tapi dari observation aku, aku boleh simpulkan masing-masing ada rezeki masing-masing dan waktu masing-masing untuk menyerlah. Nak lagi terang, aku boleh cakap, yang dapat result bagus time exam sekian-sekian tak semestinya akan bagus dalam exam yang lain. Means, kalau ko bagus time PMR, tak semestinya masa SPM ko akan dapat result yang sama gempak and vice versa. Dan benda ni tak terhenti setakat skop PMR dan SPM ni je.

Zaman kegemilangan.

Take me as an example. Dulu-dulu waktu sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 6, kedudukan aku dalam kelas tak lari jauh takat no.2. Aku dok gilir-gilir pegang takhta dengan sorang budak pandai dalam kelas aku tu. Kalau dia no.1, aku no.2 dan begitulah sebaliknya sampai la kitorang darjah 6. UPSR Alhamdulillah masing-masing dapat 5A.

Masuk sekolah menengah, aku dapat offer blaja kat boarding school. Mula-mula masuk down jugak la aku, pasal tak biasa lagi dengan sistem pointer dan suasana asrama waktu tu. Aku ingat lagi waktu tu pointer first sem aku 2.55 je. Tapi lepas tu Alhamdulillah, mencanak-canak naik berkat doa dari mak aku. Dari biasa-biasa, sampai boleh naik stage terima anugerah penghormatan pengetua (macam anugerah dekan kalau kat uni).

Tapi waktu ni dah rasa macam makin jauh ketinggalan pasal compete dengan budak-budak pandai semuanya. Setakat dapat anugerah tu, biasa-biasa je lah kalau nak compare dengan student 1st rank yang dapat 4.00. Tapi macam mana pun, aku tetap sepatutnya bersyukur dengan kelebihan yang Allah bagi walaupun tak sehebat top student.

Contoh, waktu aku dapat anugerah penghormatan tu, ada budak bilik depan datang lepak mintak nak tengok sijil yang aku dapat sambil buat muka jealous yoyo'o pasal dia tak pernah dapat. Time exam pulak, kalau esoknya paper add maths or maths, aku boleh bantai tido lena masa roomate tengah struggle abiskan latihan sambil mencece kejelesan nengok aku tidoq tak ingat dunia.



Zaman kejatuhan.

Masuk matriks aku dah mula down, tambah-tambah matriks bukanlah pilihan aku untuk further study in the first place. Tapi terpaksa gak masuk. Dengan personal problem waktu tu, plus takde orang nak pantau kita punya prestasi, means takdenye lecturer rajin nak cek sorang-sorang, student buat ke idok latihan semalam, itu semua lantak kome le, makin la tersasar jadinya aku.

Since prestasi pun dah jatuh, cita-cita aku pun dah makin pudar orang kata. Bila dah takde tujuan, jadi macam takde matlamat nak kejar. So, aku end up di uni local dalam kos yang aku tak pernah terpikir nak ambik. Habis uni, struggle cari kerja. Nak kerja ikut kos, ada tu ada, gaji pun boleh tahan, tapi pengalaman nak pakai sampai 5,6 tahun. Makanya, menggagau la gua cari kerja. And the rest is history.

Dari observation, aku boleh simpulkan kawan-kawan aku kepada 2 golongan:
1. Predictable
2. Unpredictable

Predictable

Golongan ni golongan yang memang boleh dijangka dorang punya kejayaan. Yelah, rezeki tu memang di tangan Tuhan kan. Tapi kalau tengok dari segi effort dorang, siang malam pulun belaja, nak-nak kalau dah memang kategori genius, kalau fail memang something wrong la somewhere.

Golongan jenis ni biasanya jenis yang ada matlamat yang jelas, ada visi, ada arah tuju. Tak abis belaja lagi, dah survey uni mana yang bagus. Tak cukup uni local, uni oversea yang ditarget. Kos pilihan pun dah ada dalam plan. Kalau bab belaja pulak, ada yang tak paham, cepat-cepat tanya cikgu. Tarikh-tarikh exam dah siap-siap tulis dalam diari. Target markah takyah cakap lah, siap dah target kalau nak rank top 10, dah siap kira kena betul berapa soklan, takleh salah lebih dari berapa soklan sekian-sekian. Nampak?

Setiap flow tu diatur satu-satu sampai dorang dapat apa yang dorang nak. Tak cukup dengan akademik, golongan ni juga dari kalangan orang-orang yang rapat dengan parents (sumber motivasi), tak lekang dari surau dan suka tolong cikgu, bukan dengan cikgu aje, kadang-kadang ngan tukang kebun atau makcik kafe pun baik. So, dah takde reason kenapa dorang ni takleh berjaya.

Where are they now?

Yang rapat dengan aku, all of them dekat oversea. Sama ada ambik medik, pharmacist, dentist atau engineeering. Ada gak yang study local, tapi local-local pun harus gempak. Macam kawan aku sorang tu, study dapat biasiswa. Dah la dapat biasiswa, hari last exam masa final year, dapat call company suh lapor diri masuk kerja. Result final entah ke mana lagi, dah dapat kerja! Wow, balik rumah, rehat seminggu, terus gi lapor diri kerja dengan kompeni best. Yang dah ada Dr. dekat pangkal nama memasing takyah cite la. Well, they deserve it.

Unpredictable

Golongan unpredictable ni dalam erti kata lain, masa awal-awal dulu tak menyerlah pun. Makna kata result biasa-biasa je. Prestasi pun kejap naik kejap turun. Tapi kemuncaknya dorang ni lagi berjaya dari orang-orang yang menyerlah masa awal-awal tu. Contoh, waktu aku sekolah rendah, aku ada sorang kawan yang biasa-biasa je resultnya. Masa UPSR pun aku tak sure dia dapat berapa. Tapi bila dah habis sekolah rendah, 5 years later dia dapat anugerah pelajar cemerlang SPM peringkat negeri. Siap masuk paper bak hang. Boleh sambung study dekat oversea dan mungkin dah jadi pharmacist by now.

Yang aku cite awal-awal tu pasal budak bilik depan nak mintak tengok sijil anugerah yang aku dapat tu, waktu tu kami form 3, naik form 4 dia top score untuk subjek kimia. Yang ni pun rasa-rasa sambung satudy oversea kalau tak silap aku.

Satu lagi contoh, masa aku form 4 ke form 5, masa tu masing-masing dok pulun study untuk SPM. Ada sorang mamat ni, dia ni masa awal-awal takdak la menyerlah sangat. Tapi ada satu hari masa aku lepak kat library dengan roomate aku yang selalu top ranking, dia datang lepak sekali. Borak punya borak, dia mintak tips dengan roomate aku macam mana nak study bagi masuk. Aku rasa roomate aku tu takde la bagi mantera ke ape nak suh cepat pick up kan. Tapi lepas tu, boom!, result mamat tu gempak beb. Dia ni pun study kat oversea. Aku pernah nampak dia upload gambar dia tengah tengok bola feveret club dia live depan mata. Sape nak sangka kan, mintak tips last minit boleh jadi pencetus untuk dapat result gempak then sambung study ke oversea dan dapat tengok game yang selalu main kat tv depan mata sendiri. Sambil menyelam minum air kata orang.

Pape pun, kejayaan tu takkan datang bergolek. Dorang mungkin ambik masa nak menyerlah, tapi kalau dah usaha, sape-sape pun boleh berjaya. Man jadda wa jada!

So, pada adik-adik yang mungkin baca post ni, jangan give up kalau dulu-dulu result adik tak gempak. Masih ada masa untuk capai cita-cita yang korang nak. Gunakan masa yang ada ni untuk usaha sehabis baik, k.

Till then~





MISSION: Ramadhan Blog Tour by Kaktus Oren




Join segmen lagi. Hehe. Kali ni dari rakan blogger cik oren kiut miut kite. Nak join boleh klik banner. Untung-untung dapat masuk bloglist Aidilfitri 1435H cik oren selama sebulan.

Da~



Tuesday, July 01, 2014

Hipokrit

;)


[source]