Hi =)
Setiap orang ada jenis kulit masing-masing. Macam aku, aku sangat lah kena jaga jenis skin care product yang aku pilih since my skin is a bit sensitive. Masa aku nak graduasi sekolah menengah dulu, roomate aku pernah offer satu produk kulit yang ramai jugak pakai. So, malamnye tu aku try pakai dengan harapan esok pagi aku dapat bangun dengan kulit sesegar embun pagi puing-puing. But, malangnya pui kulit muka jadi merah-merah, kering and ada putih-putih halus tanda kulit aku menggelupas dalam satu malam. Makanya, aku bergraduasi dengan muka cover bedak pun tak lepas sebab nampak kesan kulit menggelupas especially kat sekitar dahi. Nak wek camano eh jang. Aku redho je la naik pentas dengan muka gitu. Since then, aku memang tak berani dah nak pakai produk-produk yang seangkatan dengan yang aku pernah try tu.
[yoona] |
Lebih kurang dalam pertengahan tahun lepas, aku try dua benda yang berkait dengan penjagaan kulit muka yang natural-based.
1) VCO Catalyst
2) Rangkaian produk daripada TheBodyShop
VCO |
VCO Catalyst ni aku dapat tahu daripada member aku yang jadi pengedar produk ni. Mula-mula, aku cam takut-takut jugak sebab before ni aku memang tak pernah try produk-produk yang kena telan ni. Lepas member aku dah convincekan aku yang produk ni memang natural-based, aku try la beli satu. Dapat la harga VCO ni murah sikit pasal beli ngan membe kan. Aku amalkan dua kali sehari. Nak makan ke nak sapu ke, bergantung pada mood aku. Kadang aku telan, kadang aku sapu. Tapi biasanya kalau sapu tu aku sapu sebelum nak tido le. Kang tak memasal orang tengok semacam je ko pegi Tesco dengan muka minyak-minyak lencun bagai. Pakai waktu nak tido le, dah bangun esok boleh terus cuci.
Yang aku suka pasal produk ni, pasal kat ingredient dia ade tulis Virgin coconut oil je, means 100% natural la, kan? Takde campur bahan-bahan lain dah. (Kalau salah, tolong betulkan, ye.)
The Body Shop |
Yang rangkaian produk The Body Shop ni pulak aku lupa macam mana aku leh terjumpa websitenye tu. Time aku godek-godek tu, time tu dia ada buat macam test la, untuk tengok produk mana yang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Dia tanya gender, age, pastu kulit kita ni jenis macam mana, etc. Lepas dah jawab semua soklan, dia akan keluar list produk yang patut kita guna yang sesuai dengan kulit kita. Kira macam beauty consultant tapi tak jumpa depan-depan. Online gitu.
Waktu tu aku pun memang tengah nak cari produk yang best-best sikit. Tapi kopak gak ah poket kan. Biasa la, produk bagus haruslah mahal. So aku try dua-dua produk ni sekali. Kebetulan aku beli VCO dengan skincare tu dalam waktu yang tak jauh no la bezanya.
Aku ni jenis yang tak alert sangat apa-apa perubahan kat muka ke, badan ke. So, aku tak tahu yang kulit aku ni makin elok ke macam mana. Awal-awal aku guna produk ni, tak istiqamah sangat la. Terutama bab telan-telan ni. Pasal kalau cuci muka, sebelum mandi tu haruslah cuci dulu kan. Lama-lama, aku pikir, dah alang-alang duit aku habis beli benda alah ni, baik aku makan je sampai habis. So, start la konsisten balik.
Aku telan VCO dua kali sehari. Cuci muka pun dua kali sehari. Sebulan lepas tu, memasing punye isi pun dah nak habis aku pakai, ada la kawan aku tegur. Dia cakap ngan aku, muka aku nampak licin. Aku mula-mula macam eh, betul ke? eh eh, ye ke? eh eh eh, pang skali. So, bila balik bilik, aku try tengok kat cermin, memang hilang jerawat pasir aku nyah. Kulit pun nampak cam lembap gitu. Mula-mula aku tak caya sebab aku ingatkan mungkin nampak licin pasal kulit aku agak berminyak. Time kena tegur tu pulak memang matahari tengah tegak atas kepala, so mungkin la pancaran cahaya campur minyak, nampak berkilau gitu kan.
So, kombinasi dua tu, resultnya kulit jadi licin, minyak pun dah kurang and kulit rasa lembap-lembap gitu. So, dah kurang dah merah-merah kat muka. Sebab kulit aku mudah nampak merah kalau tak kena gaya. Kalau orang tanya, jadi gini sebab VCO ke skincare product? Aku tak tahu nak jawab yang mana pasal aku guna dua-dua serentak. Mungkin VCO untuk dalaman, skincare produk pulak untuk luaran. Bila bergabung, haruslah meletup kan. Wallahua'lam.
Aloe Skincare
Yang skincare product tu, aku guna jenis rangkain Aloe Skincare. Lidah buaya punya. Memang highly recommended untuk kulit sensitif. Aku kalau guna jenis yang bersabun, lepas cuci kulit jadi tegang, pastu cepat kering. Tapi bila guna yang Aloe skincare ni, lepas cuci rasa segar je berangin pastu tak kering. Dan takde efek yang tak patut kat muka. Plus, The Body Shop memang lebih kepada natural-based and against animal testing. So, walah. Best.
p/s: Kesan pada kulit muka adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan atau kesan-kesan buruk pada kulit anda selepas menggunakan produk-produk yang disebut. Untuk lebih yakin, boleh rujuk pada pihak yang lebih pakar.
Till then, bye.
No comments:
Post a Comment