Wednesday, July 02, 2014

Ups and Downs

=)

Hello readers. Macam mana puasa hari ni? Ok? Ok kan aje. Never forget to thank Allah for giving us this chance to be in Ramadhan again this year ;) 

Lama-lama tak update post bertulis, jadi kaku pulak. Jadi, ku gagahkan jua mengarang entri ini supaya writing skill tak merajuk lari ke laut.

Well, back to business. Selalu orang cakap dalam banyak-banyak zaman yang kita lalui, zaman yang paling kita akan ingat dalam hidup kita adalah zaman belajar. Yup, for me it's true. Nak-nak lepas dah habis belajar ni, makin rindu jadinya. Zaman belajar tu bukan waktu kita just belajar je semata-mata. Waktu ni la kita-kita ni baru nak kenal dunia, jatuh bangun kita, waktu nak kenal mana kawan dan mana lawan, siapa kawan senang dan siapa kawan susah, and etc.



Kalau nak cakap pasal ups and downs dalam study, aku suka compare dengan kawan-kawan. Compare di sini bukan la bermaksud banding-banding as in nak compete sape paling genius ke ape. Tapi dari observation aku, aku boleh simpulkan masing-masing ada rezeki masing-masing dan waktu masing-masing untuk menyerlah. Nak lagi terang, aku boleh cakap, yang dapat result bagus time exam sekian-sekian tak semestinya akan bagus dalam exam yang lain. Means, kalau ko bagus time PMR, tak semestinya masa SPM ko akan dapat result yang sama gempak and vice versa. Dan benda ni tak terhenti setakat skop PMR dan SPM ni je.

Zaman kegemilangan.

Take me as an example. Dulu-dulu waktu sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 6, kedudukan aku dalam kelas tak lari jauh takat no.2. Aku dok gilir-gilir pegang takhta dengan sorang budak pandai dalam kelas aku tu. Kalau dia no.1, aku no.2 dan begitulah sebaliknya sampai la kitorang darjah 6. UPSR Alhamdulillah masing-masing dapat 5A.

Masuk sekolah menengah, aku dapat offer blaja kat boarding school. Mula-mula masuk down jugak la aku, pasal tak biasa lagi dengan sistem pointer dan suasana asrama waktu tu. Aku ingat lagi waktu tu pointer first sem aku 2.55 je. Tapi lepas tu Alhamdulillah, mencanak-canak naik berkat doa dari mak aku. Dari biasa-biasa, sampai boleh naik stage terima anugerah penghormatan pengetua (macam anugerah dekan kalau kat uni).

Tapi waktu ni dah rasa macam makin jauh ketinggalan pasal compete dengan budak-budak pandai semuanya. Setakat dapat anugerah tu, biasa-biasa je lah kalau nak compare dengan student 1st rank yang dapat 4.00. Tapi macam mana pun, aku tetap sepatutnya bersyukur dengan kelebihan yang Allah bagi walaupun tak sehebat top student.

Contoh, waktu aku dapat anugerah penghormatan tu, ada budak bilik depan datang lepak mintak nak tengok sijil yang aku dapat sambil buat muka jealous yoyo'o pasal dia tak pernah dapat. Time exam pulak, kalau esoknya paper add maths or maths, aku boleh bantai tido lena masa roomate tengah struggle abiskan latihan sambil mencece kejelesan nengok aku tidoq tak ingat dunia.



Zaman kejatuhan.

Masuk matriks aku dah mula down, tambah-tambah matriks bukanlah pilihan aku untuk further study in the first place. Tapi terpaksa gak masuk. Dengan personal problem waktu tu, plus takde orang nak pantau kita punya prestasi, means takdenye lecturer rajin nak cek sorang-sorang, student buat ke idok latihan semalam, itu semua lantak kome le, makin la tersasar jadinya aku.

Since prestasi pun dah jatuh, cita-cita aku pun dah makin pudar orang kata. Bila dah takde tujuan, jadi macam takde matlamat nak kejar. So, aku end up di uni local dalam kos yang aku tak pernah terpikir nak ambik. Habis uni, struggle cari kerja. Nak kerja ikut kos, ada tu ada, gaji pun boleh tahan, tapi pengalaman nak pakai sampai 5,6 tahun. Makanya, menggagau la gua cari kerja. And the rest is history.

Dari observation, aku boleh simpulkan kawan-kawan aku kepada 2 golongan:
1. Predictable
2. Unpredictable

Predictable

Golongan ni golongan yang memang boleh dijangka dorang punya kejayaan. Yelah, rezeki tu memang di tangan Tuhan kan. Tapi kalau tengok dari segi effort dorang, siang malam pulun belaja, nak-nak kalau dah memang kategori genius, kalau fail memang something wrong la somewhere.

Golongan jenis ni biasanya jenis yang ada matlamat yang jelas, ada visi, ada arah tuju. Tak abis belaja lagi, dah survey uni mana yang bagus. Tak cukup uni local, uni oversea yang ditarget. Kos pilihan pun dah ada dalam plan. Kalau bab belaja pulak, ada yang tak paham, cepat-cepat tanya cikgu. Tarikh-tarikh exam dah siap-siap tulis dalam diari. Target markah takyah cakap lah, siap dah target kalau nak rank top 10, dah siap kira kena betul berapa soklan, takleh salah lebih dari berapa soklan sekian-sekian. Nampak?

Setiap flow tu diatur satu-satu sampai dorang dapat apa yang dorang nak. Tak cukup dengan akademik, golongan ni juga dari kalangan orang-orang yang rapat dengan parents (sumber motivasi), tak lekang dari surau dan suka tolong cikgu, bukan dengan cikgu aje, kadang-kadang ngan tukang kebun atau makcik kafe pun baik. So, dah takde reason kenapa dorang ni takleh berjaya.

Where are they now?

Yang rapat dengan aku, all of them dekat oversea. Sama ada ambik medik, pharmacist, dentist atau engineeering. Ada gak yang study local, tapi local-local pun harus gempak. Macam kawan aku sorang tu, study dapat biasiswa. Dah la dapat biasiswa, hari last exam masa final year, dapat call company suh lapor diri masuk kerja. Result final entah ke mana lagi, dah dapat kerja! Wow, balik rumah, rehat seminggu, terus gi lapor diri kerja dengan kompeni best. Yang dah ada Dr. dekat pangkal nama memasing takyah cite la. Well, they deserve it.

Unpredictable

Golongan unpredictable ni dalam erti kata lain, masa awal-awal dulu tak menyerlah pun. Makna kata result biasa-biasa je. Prestasi pun kejap naik kejap turun. Tapi kemuncaknya dorang ni lagi berjaya dari orang-orang yang menyerlah masa awal-awal tu. Contoh, waktu aku sekolah rendah, aku ada sorang kawan yang biasa-biasa je resultnya. Masa UPSR pun aku tak sure dia dapat berapa. Tapi bila dah habis sekolah rendah, 5 years later dia dapat anugerah pelajar cemerlang SPM peringkat negeri. Siap masuk paper bak hang. Boleh sambung study dekat oversea dan mungkin dah jadi pharmacist by now.

Yang aku cite awal-awal tu pasal budak bilik depan nak mintak tengok sijil anugerah yang aku dapat tu, waktu tu kami form 3, naik form 4 dia top score untuk subjek kimia. Yang ni pun rasa-rasa sambung satudy oversea kalau tak silap aku.

Satu lagi contoh, masa aku form 4 ke form 5, masa tu masing-masing dok pulun study untuk SPM. Ada sorang mamat ni, dia ni masa awal-awal takdak la menyerlah sangat. Tapi ada satu hari masa aku lepak kat library dengan roomate aku yang selalu top ranking, dia datang lepak sekali. Borak punya borak, dia mintak tips dengan roomate aku macam mana nak study bagi masuk. Aku rasa roomate aku tu takde la bagi mantera ke ape nak suh cepat pick up kan. Tapi lepas tu, boom!, result mamat tu gempak beb. Dia ni pun study kat oversea. Aku pernah nampak dia upload gambar dia tengah tengok bola feveret club dia live depan mata. Sape nak sangka kan, mintak tips last minit boleh jadi pencetus untuk dapat result gempak then sambung study ke oversea dan dapat tengok game yang selalu main kat tv depan mata sendiri. Sambil menyelam minum air kata orang.

Pape pun, kejayaan tu takkan datang bergolek. Dorang mungkin ambik masa nak menyerlah, tapi kalau dah usaha, sape-sape pun boleh berjaya. Man jadda wa jada!

So, pada adik-adik yang mungkin baca post ni, jangan give up kalau dulu-dulu result adik tak gempak. Masih ada masa untuk capai cita-cita yang korang nak. Gunakan masa yang ada ni untuk usaha sehabis baik, k.

Till then~





2 comments:

Tunsha Ayunie said...

Hoh ! aku takde peluang lagi nak cont. study... bengang ada... jeles ada ramai dah langkau aku... last... aku hanya boleh cakap... tak ada rejeki... pfffttt !! best luck beb... ameen..

Unknown said...

tq2..amin..xpela, maybe rezeki bhg study ni takde, rezeki lain pulak Allak kasi, ye dak..