Tuesday, July 08, 2014

My story: Pengalaman seram

=]

Last night (1 a.m.), I watched the movie called Seram with my brother. Dalam movie tu dia ada banyak story yang lain-lain, means satu story dalam 15 minutes camtu gabung-gabung altogether jadik 2 jam. Salah satu story yang terselit dalam cite tu adalah story pasal hantu di asrama. Awal-awal scene tu ada budak kena tindih. Budak tu macam kena tindih tapi tak nampak la ghope hantu tersebut. Dan-dan budak tu capai lampu suluh then tadaaa. Nampak la muka hantu hudoh tersebut. 

Tapi aku bukan nak cite pasal movie ini ye teman-teman. Ni kisah aku sendiri. 




Aku sendiri pernah kena tindih. Bukan sekali dua. Aku boleh kata dalam puluh-puluh kali? First time aku kena masa aku darjah 6. Last sekali waktu aku kat uni. Kira la sendiri berapa tahun.

Orang kata kadang-kadang bila kita terlampau letih tapi otak masih aktif, maka terasa la seperti kena tindih sebab otot tak dapat nak berfungsi mengikut arahan otak.

Mula-mula aku kena, memang waktu tu aku letih sangat sebelum terlelap. Tiba-tiba bila nak bangun, rasa macam dah sedar, tapi takleh nak bukak mata plus takleh nak gerak. Macam kena tindih.

Walaupun aku kata banyak tahun kena tindih, idok le tiap-tiap hari benda tu berlaku. It just randomly happens. Biasa aku kena memang tengah malam la. Dan setiap kali benda tu nak berlaku, aku akan automatik tersedar. Tengah sedap-sedap tido, tiba-tiba aku sedar tapi takleh nak bukak mata. Dan memang akan rasa berat macam ada orang tindih.

Biasanya kalau benda tu jadi, aku akan baca macam-macam dalam hati, then a few minutes later, dia akan hilang sendiri. Tapi ada satu dua kejadian yang rare sikit dari biasa-biasa yang aku kena.

#1

Masa tu kat asrama, aku tak sure pukul berapa, tapi dah lewat malam la dan semua orang dah tido. Then rasa kena tindih tu datang, macam biasa aku akan baca macam-macam dalam hati. Dan memang biasanya aku akan lawan. Maksudnya aku akan usaha untuk bangun walaupun kaki tangan semua takleh gerak. 

Kebiasaannya, lepas a few minute memang akan hilang. Tapi kali ni sebelum nak hilang rasa kena tindih tu, aku dengar macam bunyik 'benda' tu gelak kat tepi telinga aku. Gelak bukan macam gelak manusia ye teman-teman. Susah pulak nak describe. Nak kata mengilai, dia bunyik tak kuat pun. Dia macam bunyik mengilai yang halus tu.

Aku apa lagi. Lepas dah hilang rasa kena tindih tu, tak pikir panjang terus ambik selimut pi lari tido sebelah roomate aku.

#2

Waktu ni aku kat rumah. Masa tu memang aku tido sorang dalam bilik. Biasa aku share dengan my sister. Tapi masa tu my sister kat uni kalau tak silap. Bila datang rasa nak kena tindih, waktu ni aku dah macam kalis sikit. Bukan la aku tak takut. In fact aku ni memang penakut gilo. 

Tapi entah apa kena dengan aku malam tu, aku saja nak cari pasal (bukan nak tunjuk berani tau). Biasa kalau kena tindih, aku memang akan fight gila-gila sambil zikir tak henti-henti dalam hati. Tapi malam tu, aku decide untuk dok diam je.

Tahu apa jadi?

Biasa bila kena tindih badan akan rasa berat. Bila aku fight, makin berat pulak rasa. Tapi bila aku dok diam je malam tu sambil dalam hati tak henti-henti cakap "Allahuakbar", tiba-tiba benda tu goncang bahu aku. 

Bayangkan macam kalau nak kejut orang yang susah nak bangun tu. Situasi tu macam ada orang dok atas perut aku sambil goncang-goncang bahu nak suruh bangun. Rasa cam dengan katil sekali bergegar pon ada. 

Few minutes later, rasa kena tindih tu hilang sendiri.


p/s: Ngantuk la pulak. Nanti la sambung..(kalau ghajin le)

2 comments:

TunSha Ayunie said...

hahahhaa baru semangat nak baca... tapi pengalaman kena tindih pastu kena gelak tu.... penah jugak laa terjadi.. rasa masa tu... "aku dah nak mati ke?" hadoi seremmm...

Rina Zaidi said...

Jangan pandang belakang... :)