Sunday, July 20, 2014

Untitled


Ehem. Kuis-kuis habuk.

Pejam celik pejam celik dah 22 hari kita selamat berpuasa. Selamatkah puasa kita? Wallahua'lam. Tepuk dada tanya iman. As for me, banyak lagi benda nak kena improve. Moga Allah sentiasa bukakan pintu hati dan tetap terus memberikan petunjuk walaupun manusia itu fitrahnya tak pernah dapat lari dari kesilapan.

Dalam 10 hari terakhir Ramadhan ni, topik wajib dah tentulah malam LailatulQadar yang menjadi buruan setiap manusia bergelar muslim. Malam yang lebih baik dari seribu bulan, kurang lebih 83 tahun jumlahnya. Pemurah tak pemurah pencipta kita ni, ganjaran satu malam pun mampu nak cover pahala ibadah seumur hidup. Peluang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun darjat. Soalnya, mampukah kita kalau selama ni nak bangun malam pun sikit punya liat. Allahurabbi.


Langit Ilahi
  

Moga diberi kesempatan.~



1 comment:

Tunsha Ayunie said...

Semoga ibubapa Sha dapat malam lailatulqadar ni... Sha rasa macam tak layak je pulak...