Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 20, 2014

Untitled


Ehem. Kuis-kuis habuk.

Pejam celik pejam celik dah 22 hari kita selamat berpuasa. Selamatkah puasa kita? Wallahua'lam. Tepuk dada tanya iman. As for me, banyak lagi benda nak kena improve. Moga Allah sentiasa bukakan pintu hati dan tetap terus memberikan petunjuk walaupun manusia itu fitrahnya tak pernah dapat lari dari kesilapan.

Dalam 10 hari terakhir Ramadhan ni, topik wajib dah tentulah malam LailatulQadar yang menjadi buruan setiap manusia bergelar muslim. Malam yang lebih baik dari seribu bulan, kurang lebih 83 tahun jumlahnya. Pemurah tak pemurah pencipta kita ni, ganjaran satu malam pun mampu nak cover pahala ibadah seumur hidup. Peluang terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun darjat. Soalnya, mampukah kita kalau selama ni nak bangun malam pun sikit punya liat. Allahurabbi.


Langit Ilahi
  

Moga diberi kesempatan.~



Saturday, June 28, 2014

Niat puasa, doa berbuka puasa, niat tarawih & witir


Niat puasa Ramadhan:



Niat berpuasa sebulan:



Doa berbuka:



Niat tarawih berjemaah:



Niat witir:





Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Hi =)

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan sekali lagi untuk tahun ni. Amacam semayang terawih? 8 ke 20? Keh2. Tak kisah la berapa rakaat pun sebenarnya, yang penting ikhlas buat, ye dak?

For me, untuk terawih yang pertama ni, i solat dalam gelap. Hoh?! Dah kenapa pulak solat dalam gelap senah oi? Ha, pasal blackout pulak kat masjid yang biasa aku pergi ni. Tapi nasib baik ada 'aircond' semulajadi untuk cover panas kat dalam masjid tadi. Hujan renyai-renyai mengiringi terawih kami malam ni.

Balik rumah tetiba rasa nak dengar lagu Lebaran Ini by Ajai. Dah kenapa aku ni kan. Efek blackout tadi ke ape. Nolaahh, memang lagu feveret bila time-time puasa camni. Walaupun raya lambat lagi, layankan aje.




Lirik lagu Lebaran Ini by Ajai, Raihan, Nowseeheart, Rem

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

(i)
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa 
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya, woo..oh..

(chorus)
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh..uh..

p/s: Selamat berpuasa semua ;)




Sunday, June 22, 2014

Tip for upcoming Ramadhan

Hi =)


Tiap-tiap kali nak masuk bulan Ramadhan, salah satu wishlist yang selalu orang nak buat dalam bulan puasa, cukup sebulan nak khatam Qur'an, right?

Kebetulan dapat satu tip yang dishare dari kawan ke kawan ke kawan, aku taipkan balik kat sini.

[Copy paste]

Assalamualaikum semua =)
Just nak berkongsi cara mudah mengkhatam Al-qur'an di bulan Ramadhan nanti.

Al-qur'an itu terdiri dari hampir 600 mukasurat, kalau dibahagi dalam 30 hari, menjadi 20 mukasurat setiap hari. Memang kalau dilihat macam susah tapi kalau dibahagi dalam tiap solat fardhu akan jadi mudah.

Ini ertinya, baca tiap habis solat 4 mukasurat. Kalau begini kita akan dapat mengkhatamkannya di akhir bulan Ramadhan.

[End of copy paste]

Nampak simple. Tapi tak pernah dapat khatam. Moga tahun ni Allah panjangkan umur untuk menikmati sekali lagi Ramadhan dan dapat khatam dengan jayanya. Amin.

p/s: Entri sebelum masuk tido. Ngeh. Selamat beramal ~